Sponsors

Selasa, 18 Februari 2014

Hadiah Mini Cooper S Tiada Niat Menunjuk


Semalam, kami ada menyiarkan berita tentang seorang pelajar  Sekolah Kebangsaan (SK) Zainab 1, Kota Bharu, Kelantan dihadiahkan sebuah kereta Mini Cooper bernilai RM210,000 kerana berjaya memperoleh 5A dalam UPSR.

BACA - Bapa Hadiahkan Mini Cooper Pada Anak Dapat 5A!

Hari ini ibu pelajar terbabit, Nor Aishah Mahmud, 31, menerusi akhbar Harian Metro berkata, hadiah itu diberi bagi menunaikan janji kepada anak dan tiada niat menunjuk-nunjuk.

Nor Aishah berkata, dia tidak sangka gambar dimuatnaik di Facebook untuk kenangan keluarga mendapat perhatian ramai hingga tersebar di laman sosial.

Bagaimanapun menurutnya, kereta dalam gambar tersebut bukan kereta sebenar yang akan diberikan kepada anak mereka.

“Suami saya hanya menunaikan janjinya kepada anak dan kebetulan kami mampu membelinya. Kereta Mini Cooper jenis dua pintu dalam gambar dimuat naik dalam Facebook itu bukan kereta sebenar yang akan dihadiahkan kepada anak. Suami akan bawa balik kereta lain, tetapi tetap jenama Mini Cooper mungkin empat pintu bagi kemudahan keluarga kami,” katanya.

Nor Aishah berkata, suaminya Zukila Deraman, 36, yang merupakan peniaga ayam tidak bermaksud mahu mempamerkan kemewahan dengan pemberian kereta mewah itu.

Sementara itu pelajar terbabit, Siti Nur Fatini Zulaikha Zukila, 12, yang juga calon cemerlang UPSR di sekolahnya mengaku, dia pernah memaklumkan kepada ayahnya yang dia meminati Mini Cooper S , awal tahun lalu. – REM RAMZI

Sumber: HARIAN METRO

Tidak ada komentar:

Posting Komentar