Sponsors

Jumat, 28 Februari 2014

GAMBAR Pengerusi NGO Pantau Jenayah Malaysia ‘MyWatch’ Parah Ditembak!

GAMBAR: Pengerusi NGO Pantau Jenayah Malaysia MyWatch Parah Ditembak!

Seremban – Pengerusi Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), R Sri Sanjeevan, 29, parah manakala rakannya terselamat selepas ditembak dua lelaki bermotosikal di simpang Taman Awana Indah, Bahau, dekat sini, petang semalam.
Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, mangsa bersama rakannya, B Ramesh, 35, menaiki kereta BMW warna perak.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias berkata, siasatan awal pihaknya mendapati, sebaik menghampiri tempat kejadian mangsa yang baru saja mengambil rakannya itu dari taman berkenaan untuk keluar minum di pekan Bahau, dikatakan membuka cermin tingkap sambil menghisap rokok.
“Tiba-tiba muncul sebuah motosikal Yamaha LC dari arah belakang di sebelah pemandu dinaiki dua lelaki dipercayai berbangsa India.
“Pembonceng motosikal berkenaan kemudiannya melepaskan sedas tembakan dari jarak dekat dan mengenai rusuk kanan mangsa sebelum suspek turun dan cuba menghampiri kereta terbabit.
“Bagaimanapun, mangsa yang dalam kesakitan berjaya memecut keretanya manakala kedua-dua suspek dikatakan berpatah balik ke arah Rompin untuk melarikan diri,” katanya.
Hamzah berkata, kira-kira 300 meter dari tempat kejadian, rakan mangsa berjaya memberhentikan kereta itu dan mengalih mangsa ke tempat duduk belakang sebelum memecut ke hospital.
“Setakat ini, tiada saksi mengecam suspek malah mangsa juga tidak mengesyaki sesiapa. Mangsa kini dirawat di Hospital Kuala Pilah dan keadaannya dilaporkan stabil,” katanya.
Menurut Hamzah, polis melakukan siasatan terperinci dari segenap aspek bagi mengetahui motif serangan serta mengesah suspek terbabit.
Katanya, pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) melakukan siasatan dengan diselia pasukan khas dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri.
“Saya tidak dapat memberikan komen lanjut kerana siasatan masih dijalankan dan setakat ini belum ada sebarang petunjuk mengaitkan mana-mana pihak dalam kejadian ini.
“Kita membuka siasatan kes ini mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, kerana cubaan membunuh,” katanya.
Sementara itu, media pada Februari lalu melaporkan Sri Sanjeevan membuat kejutan apabila mengeluarkan kenyataan menerusi sebuah laman web mendakwa kononnya dia diancam akan ditembak polis kerana cuba membongkar aktiviti perjudian di Jelebu.
Serentak itu, polis kontinjen negeri menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat dakwaan itu. - HARIAN METRO
41e4b8b4a36e37777de420c504360227
igp


sanjeevan1-642x441
GAMBAR: Pengerusi NGO Pantau Jenayah Malaysia MyWatch Parah Ditembak!
Read More..

Rabu, 26 Februari 2014

Ketika Kentut menjadi penyebab keretakan hubungan suami isteri dalam rumah tangga


Di South Carolina, gas alam berbau dahsyat dari seorang suami telah menyebabkan keretakan hubungan suami isteri. Polis  ikut terlibat untuk menangani masalah tersebut.

Ente mungkin tak akan percaya dengan betapa banyaknya kes-kes unik yang ditimbulkan oleh gas semula jadi dari tubuh kita itu. Konflik yang ditimbulkan oleh kentut kali ini terjadi di South Carolina, Amerika Syarikat.
Masalah bermula ketika Michael Manatis, 46, mengeluarkan gas itu dari perutnya yang menurut sang isteri, Shannon Manatis, 41, berbau "amat tak sedap sampai membuat dirinya ingin muntah."

Menurut laporan polis, Shannon kemudian mengambil sebotol spray pewangi ruangan beraroma vanila dan menyemburkannya ke tubuh sang suami di "area tertentu". Tapi suaminya menyebutkan keterangan berbeda. Michael mengatakan jika spray tersebut disemburkan ke kedua matanya.

Michael lalu membalas dengan melempar air serta sebotol air mineral ke arah Shannon. Tapi kali ini isterinya yang memiliki keterangan berbeda. Shannon mengatakan yang benda yang mengenai belakang kepalanya bukan air ataupun botol air mineral, melainkan sebuah gelas berisi teh.

Kerana cerita keduanya saling bertolak belakang, seorang anggota polis lalu ditugaskan untuk mencari kejelasan dari konflik tersebut.
"Ketika saya datang pertama kali ke tempat kejadian, terlihat sebuah cairan bening di belakang pintu dan di lantai. Cairan ini tidak nampak seperti teh, saya percaya jika itu adalah air biasa," kata si petugas.

Setelah berkonsultasi dengan hakim setempat, penyiasat kemudian memutuskan yang kes ini terlalu ringan untuk dilanjutkan secara hukum.

Read More..

Selasa, 25 Februari 2014

Keagamaan 10 Solat Yang Ditolak











Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud : 


"Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." 


(Tabyinul Mahaarim) Rasulullah s.a.w. telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah s.w.t., antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah s.w.t. dan jauh dari Allah s.w.t.." 



Hassan r.a berkata : "Kalau solat Ente itu tidak dapat menahan Ente dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya Ente dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah muEnte seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."


(sumber)
Read More..

Senin, 24 Februari 2014

SEGERA Jawatankuasa Fatwa Perlis HARAMKAN Shisha!

SEGERA: Jawatankuasa Fatwa Perlis HARAMKAN Shisha!

KANGAR – Jawatankuasa Fatwa Perlis mengharamkan kegiatan menghisap dan menjual shisha kerana mendatangkan kemudaratan yang lebih teruk berbanding merokok.
Mufti Perlis, Datuk Mursyid Diraja Dr Juanda Jaya berkata mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis kali ke-11/2013 pada 24 Jun lepas membuat keputusan itu dan surat akan dihantar kepada kerajaan negeri dan Majlis Perbandaran Kangar (MPK) berhubung perkara itu.
Bercakap kepada pemberita di sini pada Jumaat, beliau berharap MPK dapat menghalang kegiatan penjualan shisha demi kepentingan masyarakat.
Dr Juanda berkata amalan menghisap shisha bukan sahaja membuang masa tapi memudaratkan kesihatan terutama bagi golongan belia dan remaja.
Menurutnya, langkah pengharaman itu dilaksanakan kerajaan negeri Melaka sejak 2009 dan Perlis juga menuruti jejak negeri itu kerana kegiatan itu didapati membawa kemudaratan yang besar.
Dr Juanda turut menyelar pihak yang memperdagangkan amalan tahlil arwah dan khatam al-Quran untuk mengaut keuntungan peribadi terutama menjelang Ramadan.
Menurutnya, ada pihak yang cuba mengutip wang kononnya untuk dana tertentu dengan menganjurkan majlis tahlil dan khatam al-Quran dengan memohon sumbangan daripada orang ramai.
Sambil menunjukkan contoh borang penyertaan program tahlil arwah dan khatam al-Quran anjuran sebuah badan tertentu, beliau berharap orang ramai tidak akan terpengaruh.
“Tidak salah bertahlil, berzikir dan khatam al-Quran tetapi bukan meletakkan syarat dengan mengenakan bayaran,” katanya.
Beliau berharap pihak berkuasa menyiasat penganjur program seumpama itu dan meneliti ke mana wang yang dikumpulkan itu dibawa. BERNAMA

Read More..

Minggu, 23 Februari 2014

Polis sahkan eksekutif stesen TV mati dijerut

sinar harian
var dateEG = "July 30, 2012" var tarikhBM = tukarTarikh(dateEG); document.write(tarikhBM); 30 Julai 2012
Status BB milik  mangsa sebelum ditemui meninggal dunia.
Status BB milik mangsa sebelum ditemui meninggal dunia.
SHAH ALAM - Ketua Polis Selangor mengesahkan punca kematian eksekutif pentadbiran wanita stesen televisyen TV9, yang mayatnya ditemui di kediamannya di Apartment Saujana, Damansara Damai pada Sabtu, adalah akibat lehernya dijerut.

Ketua Polis Selangor Tun Hisan Tun Hamzah berkata laporan bedah siasat ke atas mayat Syaleza Jaffar, 31, di Hospital Sungai Buloh menunjukkan mangsa mati akibat tidak boleh bernafas dan terdapat kesan jerutan di sekeliling leher mangsa.
"Laporan siasatan menunjukkan mangsa mati akibat dijerut dan bukannya menggantung diri, namun kita masih menjalankan siasatan terhadap perkara itu," katanya pada sidang media di sini.
Beliau berkata susulan itu, polis menahan anggota keluarga terdekat mangsa di Segamat, Johor pada kira-kira 10.15 malam tadi bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Suspek akan direman petang ini.
Tun Hisan berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian.
Mayat Syaleza ditemui di dalam sebuah daripada bilik tidur rumah itu oleh suaminya pada kira-kira 7 malam.

Suaminya mendakwa terdengar dentuman dalam bilik tidur rumah itu dan ternampak mangsa tergantung tidak bernyawa di kipas bilik itu sebelum membawa turun mayat isterinya.

Polis kemudian ke tempat kejadian sejurus dimaklumkan berhubung kejadian itu oleh suami mangsa dan Syaleza disahkan meninggal dunia ketika ditemui polis.
Syazleza merupakan anak kedua daripada enam beradik dan mempunyai seorang cahaya mata berusia dua tahun. - Bernama

Read More..

Sabtu, 22 Februari 2014

Alasan Anjing Suka Menggigit Tulang

Bagi Ente yang memelihara dan pecinta anjing pernah nggak bertanya, mengapa anjing suka menggigit tulang? Bahkan termasuk tulang mainan, asalkan berbentuk tulang pasti langsung digigit oleh si doggy.

Menurut tim pakar pimpinan Dr Joao Munoz-Doran dari Universitas Nasional Kolombia, kebiasaan anjing memakan daging dimulai sekitar delapan juta tahun lalu. Ketika itu, anjing-anjing purba berkelompok untuk mencari mangsa yang lebih besar.

Kebiasaan tersebut membuat turunan anjing purba, seperti serigala dan anjing moderen, menjadi hiperkarnivora atau binantang yang 70 persen memakan daging.

Kesimpulan ini diperoleh setelah tim Munoz-Doran menyusun silsilah anjing yang menggambarkan hubungan di antara lebih dari 300 spesies anjing. "Kami menemukan sejarah evolusi yang sama di antara sejumlah jenis anjing," jelas Dr Munoz-Doran.


"Delapan juta tahun lalu banyak habitat terbuka di Asia, Eropa, dan Amerika Utara. Persaingan mendapatkan mangsa sangat ketat dan kondisi ini membuat anjing-anjing purba harus berkelompok ketika mencari dan mengintai mangsa," paparnya.

 

Ia menjelaskan, dari kebiasaan berburu secara berkelompok, muncul jenis anjing baru dengan bentuk kepala yang berbeda, dengan rahang yang lebih kuat, dan ukuran taring yang lebih besar. Mereka ini mampu bertahan dari seleksi alam dan melanjutkan bentuk ini ke anjing generasi berikutnya.

Para peneliti mengatakan itulah sebabnya anjing-anjing piaraan, meski tak lagi harus berburu mangsa di alam terbuka, tetap meneruskan kebiasaan memakan daging atau menggigit tulang.


"Mereka punya alat untuk melakukan kebiasaan tersebut dan mereka ingin menggunakan alat itu," tegas Dr Munoz-Doran.
sumber 
Read More..

Jumat, 21 Februari 2014

Inilah Pemilik iPhone 5 Pertama di Dunia

  

Sydney - Hari Jumaat (21/9) lalu, iPhone 5 resmi dilanc, England , Kanada, dan Singapura. Siapakah pembeli pertama smartphone teranyar besutan Apple ini?

Australia menjadi negara pertama yang menjual iPhone 5, mengingat zon  waktu Australia lebih cepat dibanding negara lain yang kebagian jatah penjualan perdana iPhone 5. Maka, sudah dipastikan pemilik iPhone 5 pertama di dunia berasal dari Negeri Kanguru ini.

Dilansir oleh ZDNet, ternyata kakak beradik James dan Tamsyn Vohradsky bertinjauan menjadi orang pertama yang memiliki iPhone 5. Keduanya dikhabarkan telah mengantre selama lebih dari 17 jam di Apple Store di Kota Sydney.

James Vohradsky adalah orang pertama yang keluar dari toko sambil membawa iPhone 5 berwarna hitam dengan wajah berseri, kemudian disusul oleh adiknya, Tamsyn Vohradsky yang menenteng iPhone 5 berwarna putih.

Saat keluar dari Apple Store, keduanya juga langsung diserbu wartawan untuk di tanyakan, tapi mereka tidak banyak bicara, dan langsung pergi.

Kakak beradik ini memang sudah dikenal sebagai penggemar produk Apple sejak dulu, kerana sebelumnya mereka juga pernah mengantre untuk mendapatkan iPhone 4S pada tahun lalu.
sumber
osseram
Read More..

Kamis, 20 Februari 2014

10 Misteri Terbesar Luar Angkasa

Terdapat berbagai hal yang mungkin tidak kita ketahui tentang alam di luar planet kita dan berbagai hal lainnya, saya coba memperlihatkan fenomena alam di luar angkasa, terdapat 10 misteri di luar angkasa dan saya coba rangkum dari berbagai artikel yang saya baca.

1.Tabrakan Antar Galaksi


Ternyata galaksi pun dapat saling memakan satu sama lain. Yang lebih mengejutkan adalah galaksi Andromeda sedang bergerak mendekati galaksi Bima Sakti kita, dan gambar di atas itu adalah simulasi tabrakan antar galaksi.
 

2. Quasar

Quasar tampak berkilau di tepian alam semesta yang dapat kita lihat. Benda ini melepaskan energi yang setara dengan energi ratusan galaksi yang digabungkan. Bisa jadi quasar merupakan black hole yang sangat besar sekali di dalam jantung galaksi jauh. Gambar ini adalah quasar 3C 273, yang dipotret pada 1979.
 
3. Materi Gelap (Dark Matter)
Para ilmuwan berpendapat bahwa materi gelap (dark matter) merupakan penyusun terbesar alam semesta, namun tidak dapat dilihat dan dideteksi secara langsung oleh teknologi saat ini. Kandidatnya bervariasi mulai dari neotrino berat hingga invisible black hole. Jika dark matter benar-benar ada, kita masih harus membutuhkan pengetahuan yang lebih baik tentang gravitasi untuk menjelaskan fenomena ini dan sampai sekarang para ilmuwan dunia masih menelitinya.
 
4. Gelombang Gravitasi (Gravity Waves)
Gelombang gravitasi merupakan distorsi struktur ruang-waktu yang diprediksi oleh teori relativitas umum Albert Einsten. Gelombangnya menjalar dalam kecepatan cahaya, tetapi cukup lemah sehingga para ilmuwan berharap dapat mendeteksinya hanya melalui kejadian kosmik kolosal, seperti bersatunya dua black hole seperti pada gambar di atas. LIGO dan LISA merupakan dua detektor yang didesain untuk mengamati gelombang yang sukar dipahami ini.
 
5. Energi Vakum

Fisika Kuantum menjelaskan kepada kita bahwa kebalikan dari penampakan, ruang kosong adalah gelembung buatan dari partikel subatomik virtual yang secara konstan diciptakan dan dihancurkan. Partikel-partikel yang menempati tiap sentimeter kubik ruang angkasa dengan energi tertentu, berdasarkan teori relativitas umum, memproduksi gaya antigravitasi yang membuat ruang angkasa semakin mengembang. Sampai sekarang tidak ada yang benar-benar tahu penyebab ekspansi alam semesta.
 
6. Mini Black Hole

Jika teori gravitasi braneworld yang baru dan radikal terbukti benar, maka ribuan mini black holes tersebar di tata surya kita, masing-masing berukuran sebesar inti atomik. Tidak seperti black hole pada umumnya, mini black hole ini merupakan sisa peninggalan Big Bang dan mempengaruhi ruang dan waktu dengan cara yang berbeda.
 
7. Neutrino

Neutrino merupakan partikel elementer yang tak bermassa dan tak bermuatan yang dapat menembus permukaan logam. Beberapa neutrino sedang menembus tubuhmu saat membaca tulisan ini. Partikel phantom ini diproduksi di dalam inti bintang dan ledakan supernova. Detektor diletakkan di bawah permukaan bumi, di bawah permukaan laut, atau ke dalam bongkahan besar es sebagai bagian dari IceCube, sebuah proyek khusus untuk mendeteksi keberadaan neutrino.

8. Ekstrasolar Planet (Exoplanet)


Hingga awal 1990an, kita hanya mengenal planet di tatasurya kita sendiri. Namun, saat ini astronom telah mengidentifikasi lebih dari 200 ekstrasolar planet yang berada di luar tata surya kita. Pencarian bumi kedua tampaknya belum bertinjauan hingga kini. Para astronom umumnya percaya bahwa dibutuhkan teknologi yang lebih baik untuk menemukan beberapa dunia seperti di bumi.

9. Radiasi Kosmik Latar Belakang


Radiasi ini disebut juga Cosmic Microwave Background (CMB) yang merupakan sisa radiasi yang terjadi saat Big Bang melahirkan alam semesta. Pertama kali dideteksi pada dekade 1960 sebagai noise radio yang nampak tersebar di seluruh penjuru alam semesta. CBM dianggap sebagai bukti terpenting dari kebenaran teori Big Bang. Pengukuran yang akurat oleh proyek WMAP menunjukkan bahwa temperatur CMB adalah -455 derajat Fahrenheit (-270 Celsius).

10. Antimateri


Seperti sisi jahat Superman, Bizzaro, partikel (materi normal) juga mempunyai versi yang berlawanan dengan dirinya sendiri yang disebut antimateri. Sebagai contoh, sebuah elektron memiliki muatan negatif, namun antimaterinya positron memiliki muatan positif. Materi dan antimateri akan saling membinasakan ketika mereka bertabrakan dan massa mereka akan dikonversi ke dalam energi melalui persamaan Einstein E=mc2. Beberapa desain pesawat luar angkasa menggabungkan mesin antimateri.


sumber
indonesia-proud.blogspot.com
Read More..

Rabu, 19 Februari 2014

Kenyataan kurang cerdik dari seorang menteri

Shafie Apdal: Negara rosak jika ditadbir pembangkang

12 Februari 2013
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
SEMPORNA - Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengingatkan rakyat bahawa negara akan rosak dan pencapaian cemerlang yang sekian lama dikecapi Malaysia boleh terjejaas jika pentadbirannya diserah kepada pakatan pembangkang.

Mohd Shafie berkata perkara itu boleh berlaku kerana prinsip perjuangan di kalangan parti-parti pakatan pembangkang bukan sahaja berbeza malah sejak dahulu tidak henti-henti berbalah mengenai sistem pentadbiran negara yang dimahukan dan penentuan siapa yang akan menjadi perdana menteri.

"Kita sedar dan tahu bahawa pihak pembangkang dalam keadaan tidak begitu menentu. Pilihan mereka untuk mentadbir kerajaan sekejap (Datuk Seri) Anwar Ibrahim sekejap nak kan Pas. Sekejap nak kan hukum hudud sekejap tidak boleh sedangkan itu yang dikatakan asas perjuangan parti Pas yang agak ekstrem dari segi beragama. DAP pula tidak sokong.    

"Jadi sudah pasti tidak ada jaminan untuk keamanan dan perpaduan negara. Saya katakan bahawa mereka tidak boleh sepakat dalam asas prinsip perjuangan parti masing-masing. Ini belum mentadbir negara lagi keadaan jadi tidak menentu. Sebelum pilihan raya pun sudah gaduh apa lagi apabila mahu mentadbir kerajaan," katanya.

Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Anggota Parlimen Semporna berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran Ahli Jawatankuasa Dewan Perniagaan Cina Semporna di sini malam tadi.

Sehubungan itu, Shafie mengajak rakyat termasuk masyarakat Tionghua supaya terus menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana dengan mengundi BN bermakna mereka mengundi untuk masa depan yang cerah, pembangunan, kestabilan politik dan keamanan.

Mohd Shafie berkata BN memerlukan kerajaan yang kuat untuk mewujudkan pentadbiran yang kukuh kerana kerajaan yang kuat dengan pengurusan mantap mampu melonjakkan ekonomi negara ke tahap lebih tinggi yang tinjauannya dapat dinikmati semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan kepercayaan.

Menurut Mohd Shafie rakyat sepatutnya menilai dan belajar daripada pengalaman banyak negara di dunia hari ini termasuk negara maju yang sukar untuk keluar daripada belenggu krisis ekonomi disebabkan politiknya tidak stabil sehingga mewujudkan kerajaan yang tidak kuat dan tidak mampu menguruskan masalah ekonomi negara dengan berkesan.    

Malaysia pula, katanya, pertumbuhan ekonominya yang kukuh bukan sahaja diakui oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) malah ia terus menjadi pilihan pelabur dari serata dunia termasuk negara Eropah dan Timur Tengah untuk melabur kerana pengurusannya yang cekap serta kestabilan politiknya.  - Bernama
Read More..

Selasa, 18 Februari 2014

Hadiah Mini Cooper S Tiada Niat Menunjuk


Semalam, kami ada menyiarkan berita tentang seorang pelajar  Sekolah Kebangsaan (SK) Zainab 1, Kota Bharu, Kelantan dihadiahkan sebuah kereta Mini Cooper bernilai RM210,000 kerana berjaya memperoleh 5A dalam UPSR.

BACA - Bapa Hadiahkan Mini Cooper Pada Anak Dapat 5A!

Hari ini ibu pelajar terbabit, Nor Aishah Mahmud, 31, menerusi akhbar Harian Metro berkata, hadiah itu diberi bagi menunaikan janji kepada anak dan tiada niat menunjuk-nunjuk.

Nor Aishah berkata, dia tidak sangka gambar dimuatnaik di Facebook untuk kenangan keluarga mendapat perhatian ramai hingga tersebar di laman sosial.

Bagaimanapun menurutnya, kereta dalam gambar tersebut bukan kereta sebenar yang akan diberikan kepada anak mereka.

“Suami saya hanya menunaikan janjinya kepada anak dan kebetulan kami mampu membelinya. Kereta Mini Cooper jenis dua pintu dalam gambar dimuat naik dalam Facebook itu bukan kereta sebenar yang akan dihadiahkan kepada anak. Suami akan bawa balik kereta lain, tetapi tetap jenama Mini Cooper mungkin empat pintu bagi kemudahan keluarga kami,” katanya.

Nor Aishah berkata, suaminya Zukila Deraman, 36, yang merupakan peniaga ayam tidak bermaksud mahu mempamerkan kemewahan dengan pemberian kereta mewah itu.

Sementara itu pelajar terbabit, Siti Nur Fatini Zulaikha Zukila, 12, yang juga calon cemerlang UPSR di sekolahnya mengaku, dia pernah memaklumkan kepada ayahnya yang dia meminati Mini Cooper S , awal tahun lalu. – REM RAMZI

Sumber: HARIAN METRO
Read More..

Senin, 17 Februari 2014

APA Blogger No 1 Umno Dah Berpaling Arah Kini Seorang Blogger Bebas


Alhamdulillah, akhirnya dia sedar akan kesilapan. Semoga dia terus maju berblog dengan penuh berhemah. Tahniah APA!!

Berikut adalah petikan daripada blog APA




KENYATAAN RASMI
ADMIN BLOG APA
Kuala Lumpur
22hb julai 2012
10:53 malam


Mulai saat ini aku mengumumkan blog ini bukan lagi blog PRO BN dan blog ini jugak bukan blog PRO PR.Aku mengambil keputusan untuk tidak menyokong mana mana pihak kecualimenyokong keadilan dan menentang kezaliman yang dilakukan tidak mengira siapa,sama ada pemimpinUmno/Barisan Nasional atauPas/PKR/DAP/Pakatan Rakyat.


Dengan ini aku menyerahkan MAHKOTA BLOGGER NO.1 PRO BN kembali kepada sahabat blogger PapaGomo dan aku mohon kepada sahabat blogger KLXpress agar tidak menyenaraikan aku lagi sebagai blogger PRO BN dalam Ranking Alexa untuk bulan hadapan.


Memandangkan aku ini HANTU TIDAK BERTUAN ada lebih baik aku wawarkan status ini secara rasmi untuk memudahkan aku berkarya tanpa mengundang kontrovesi dan menegur siapa saja...apa saja...mengikut penilaian dan pandangan aku tanpa dipengaruhi mana mana pihak.Aku tidak ingin mengundang SENGKETA dengan mana mana sahabat bloggers sama ada yang pro BN atau pro PR dan aku mengharapkan agar sahabat semua faham akan keputusan yang aku ambil ini dan menghormati nya sapertimana aku menghormati kebebasan berkarya semua bloggers.


Semoga kita semua dapat menyumbang kearah penulisan POLITIK yang lebih sihat untuk kesejahteraan  negara ini yang akhirnya akan memunafaatkan  RAKYAT Malaysia keseluruhan nya.


SELAMAT BERJUANG DENGAN AGENDA DAN PLATFORM MASING MASING.


Azmi Ibrahim,
Aku Peduli Apa @ APA
Kuala Lumpur,
Read More..

Minggu, 16 Februari 2014

Bayi bantu ibu bersih lantai

myMetro

PENGELUAR menggunakan gentian mikro sebagai bahan mop pada pakaian bayi ini.

LONDON: Sebuah syarikat memperkenalkan pakaian unik yang membolehkan bayi ‘membantu’ ibu bapa mereka membersihkan rumah ketika mereka merangkak.
Syarikat itu menggabungkan baju bayi dengan pembersih lantai (mop) yang dilekatkan pada bahagian tangan dan kaki.

Dikenali sebagai Baby Mop, pakaian itu membolehkan lantai rumah digilap ketika bayi terbabit belajar merangkak. Baby Mop dijual pada harga kira-kira RM120 sepasang.
Ia adalah projek laman sesawang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), BetterThanPants.com yang diinspirasi daripada satu iklan di Jepun.

Dalam kenyataan di laman sesawang itu, syarikat terbabit secara bergurau berkata, Baby Mop akan “mendidik bayi anda mengamal etika kerja yang baik sejak kecil” ketika mereka dididik supaya tidak menyepahkan makanan di lantai.
PADA harga RM120, Baby Mop ini boleh membantu ibu
Menurut laman sesawang BetterThanPants.com, bayi yang menggunakan Baby Mop juga “akan mendapat riadah berfaedah, membakar tenaga dan membentuk otot.” “Amalan itu akan membantu bayi mendapat tidur yang lebih baik,” kata syarikat itu.
Sementara itu, jurucakap BetterThanPants.com, Mike Parker, berkata kira-kira 100 pasang Baby Mop berjaya dijual dalam tempoh hanya sebulan sejak ia diperkenalkan di laman sesawang berkenaan.

“Setakat ini, maklum balas daripada pelanggan sangat positif walaupun ada sedikit e-mel negatif mengenai idea produk itu,” katanya. Bahagian pembersih pada tangan dan kaki Baby Mop diperbuat daripada bahan gentian mikro yang dilekatkan secara langsung. - DM
Read More..

Sabtu, 15 Februari 2014

Tampal Kulit Dada Di Muka Di China



Beijing – Sekumpulan pakar perubatan China berjaya menjalankan pembedahan memasang wajah baru untuk seorang gadis yang cacat akibat melecur, lapor media semalam.

Lebih menarik wajah gantian itu adalah tinjauan kulit yang tumbuh secara klinikal pada dada gadis terbabit.
Pembedahan itu dijalankan di bandar Fuzhou, Fujian, tenggara China.

Selepas pembedahan itu berjaya, Xu Jianmei, 17, sedar dengan dagu, kelopak mata dan telinga yang baru.
Xu ditimpa kemalangan ketika dia berusia lima tahun.

Kebakaran itu menyebabkan dia mengalami kecederaan parah pada wajahnya.
Disebabkan kemiskinan ibu bapa Xu tidak dapat menghantarnya mendapatkan rawatan yang sewajarnya, memaksa dia hidup dengan wajah tidak sempurna.

Namun Xu diberi harapan baru selepas ditemui sekumpulan pakar perubatan yang menawarkan pembedahan percuma kepadanya.

Kini, selepas 12 tahun Xu dapat mengukir senyuman dengan sempurna.
Pembedahan dijayakan selepas pakar perubatan membina kulit dan struktur baru menggunakan tisu dadanya.

Pasukan perubatan terbabit mengimplan saluran darah dari kaki Xu ke dadanya dan menggunakan belon berisi air bagi meregangkan kulit di bahagian itu.

Ia dilakukan dengan teliti bagi mendapatkan kulit secukupnya untuk dijadikan wajah baru Xu.
Klip video daripada prosedur pembedahan selama lapan jam menunjukkan Xu terbaring di katil dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Wajahnya kelihatan membengkak tetapi lapisan kulit baru yang licin kini menutupi wajahnya yang penuh dengan kesan melecur.

Ketua pasukan pembedahan itu, Jiang Chenhong berkata, dengan wajah baru itu Xu boleh menzahirkan ekspresi wajahnya dengan lebih tepat.

sumber:
Read More..

Jumat, 14 Februari 2014

Suhakam PCA jejas rekod hak asasi manusia Malaysia

OLEH MOHD FARHAN DARWIS
October 07, 2013
Hasmy (kiri) menyeru masyarakat memainkan peranan bagi merealisasikan peningkatan situasi hak asasi manusia di Malaysia. Hasmy (kiri) menyeru masyarakat memainkan peranan bagi merealisasikan peningkatan situasi hak asasi manusia di Malaysia.  Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini menegaskan rekod Malaysia di peringkat antarabangsa akan terjejas ekoran kelulusan Putrajaya membenarkan tahanan tanpa bicara melalui Akta Pencegahan Jenayah (PCA).
Pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam dalam satu kenyataan berkata, rekod Malaysia akan disemak untuk kali kedua oleh Rekod Penilaian Penggalan Sejagat (UPR) oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Besatu (PBB) di Geneva pada 24 Oktober depan.

"Pindaan ke atas PCA yang memperkenalkan peruntukan-peruntukan bersifat mundur dan tidak selaras dengan prinsip hak asasi manusia akan membawa penelitian dan kritikan masyarakat antarabangsa terhadap negara yang secara tidak langsung akan menjejaskan rekod hak asasi manusia Malaysia di forum antarabangsa," katanya.


 Beliau menegaskan, Suhakam menyeru agar pihak berkepentingan dan masyarakat sivil untuk memainkan peranan mereka bagi merealisasikan tinjauan penilaian bagi meningkatkan situasi hak asasi manusia di Malaysia.

Malaysia telah menerima 62 daripada 103 syor dalam Kumpulan Kerja pada penilaian pertama. - 7 Oktober, 2013.

Read More..

Kamis, 13 Februari 2014

5 Kisah Penghargaan Paling Aneh Di Dunia

Biasa penghargan di berikan kepada seseorang karena ia memiliki jasa atau telah melakukan apa yang bermanfat bagi negaranya atau pun perusahanya nah kisah penghargaan berikut ini mungkin bisa membuat Ente merasa aneh sebap penghargaan yang di berikan ini tidak biasa ingin tahu penghargaan apa itu simak berikut ini.

1. Situs web menawarkan $ 1M Bagi siapa yang bisa membuktikan telah tidur dengan Pria
Situs+Web
Jets quarterback Tim Tebo bertinjauan mempertahankan keperjakanya setelah tinggal dengan gaya hidup yang mewah sebagai atlet profesioanl . Nah Salah satu situs web yang sensasional AshleyMadison.com ternyata ingin menantangnya,  situs ini akan memberikan uang dalam jumlah yang besar kepada wanita yang bisa membuktikan bahwa ia telah tidur dengan Tim Tebo.

2. Karyawan Asuransi di tawari ngeseks semalaman
a98168_reward_2-salesmen-orgy-300x178
Sebuah perusahaan asuransi di Jerman memutuskan untuk memberikan penghargaan kepada setiap karyawanya yang berprestasi dengan memberikan pesta seks terhadap para pelacur.Menurut perushan asuransi ini memberikan pesta seks kepada karyawannya yang berprestasi merupakan cara yang paling efektif untuk memberikan penghargaan bagi karyawanya yang berprestasi.

3. Sekolah memberikan Mobil kepada siswa yang rajin masuk sekolah
a98168_reward_3-camaro-300x199
Sebuah sekolah di Fort Worth, Texas memberikan sebuah mobil Chevrolet Camar untuk siswa yang rajin masuk sekolah, namun mobil ini akan di berikan jika siswa tersebut telah mendapatkan izin mengendarai mobil secara hukum.

4. Seorang Buronan menyerahkan diri demi uang $ 100
a98168_reward_4-turned-himself-252x300
Seorang buronan Komandan Taliban Mohammad Asan menyerahkan diri ketika ia mlihat poster yang memampang mukannya dan menjanjikan uang $ 100, Mohammad Asan memilih untuk menyerahkan diri dan meminta uang $ 100 itu di berikan kepadanya.

5. Boss Dunia Paling Dermawan Memberikan Hadiah $ 15 Juta untuk Karyawan
a98168_reward_5-generous-boss-300x214
Seorang bos besar di Australia memberikan bonus kepada hampir 2.000 karyawan untuk memperingati 66 tahun penjualan perusahaan . Beberapa karyawan merasa terkejut dengan apa yang di lakukan bosnya ini. Bonus, rata-rata $ 8.500, didasarkan pada masa kerja. Beberapa pekerja menerima $ 30.000 sampai $ 100.000 masing-masing.
 
 
sumber
Read More..

Rabu, 12 Februari 2014

PM Jepun Tidak Tinggal di Rumah Kerajaan kerana Berhantu

24 Mei 2013
 
Shinzo Abe (Reuters)
Tokyo - Perdana Menteri (PM) Jepun Shinzo Abe hingga kini belum juga tinggal di rumah kerajaan semenjak dia dilantik. Muncul berita angin bahawa hal ini kerana rumah dinas PM Jepun berhantu.

PM Abe resmi dilantik pada Disember 2012 lalu. Namun sejak saat itu, Abe belum juga pindah ke rumah dinasnya yang ada di pusat kota Tokyo, Jepun. Hal ini memicu kecurigaan, terutama bagi kelompok pembangkang.

Anggota parlimen Jepun dari kelompok pembangkang pun mengirim surat kepada PM Abe untuk mengetahui alasannya. Demikian seperti dilansir Asia One, Jumaat (24/5/2013).

"Ada rumor bahawa rumah kerajaan itu diganggu   hantu. Apakah itu benar? Apakah Perdana Menteri Abe menolak untuk pindah ke rumah dinas kerana rumor tersebut?" demikian bunyi surat dari seorang anggota parlimen dari kelompok pembangkang Jepun.

Menurut anggota parlimen, keputusan untuk tidak tinggal di rumah dinas tersebut mempengaruhi respons PM Abe dalam menangani situasi darurat. Sebabnya, rumah dinas persis bersebelahan dengan kantor PM Jepun.

Menanggapi isu ini, kabinet PM Abe pun mengeluarkan pernyataan tertulis. Isi pernyataan membantah soal rumor yang ditanyakan.

"Kami tidak menyetujui hal yang ditanyakan," demikian pernyataan kabinet PM Abe.

Namun rumor soal rumah dinas PM Jepun berhantu tersebut sudah beredar cukup lama. Beberapa mantan PM Jepun dilaporkan mengalami fenomena mistik saat tinggal di rumah dinas tersebut.

Disebut-sebut rumor ini dipicu oleh insiden tahun 1930-an, saat kegagalan kudeta tentera yang berujung pada pembunuhan PM Jepun ketika itu, Tsuyohsi Inukai. Beberapa ibu negara Jepun bahkan disebut-sebut menolak tinggal di rumah dinas tersebut kerana rumor hantu tersebut.

"Saya tidak pernah bertemu hantu apapun, meskipun saya ingin melihatnya," ucap mantan PM Jepun, Junichiro Koizumi kepada wartawan beberapa waktu lalu.
  detikNews
Read More..

Selasa, 11 Februari 2014

Penggal anak majikan pembantu rumah dihukum mati

18 Mac 2013 catatan idahsalam
 
Ilustrasi
Riyadh - Mahkamah Arab Saudi menjatuhkan hukuman keatas pembantu rumah Indonesia dengan hukuman mati. Dia didapati bersalah  atas pembunuhan anak majikannya yang berusia 4 tahun.

"Pembantu rumah  tersebut dijerat dakwaan memenggal kepala anak perempuan tersebut dengan sebuah golok ketika majikannya sedang pergi kerja dan kakak perempuan mangsa sedang sekolah," demikian seperti diberitakan surat khabar setempat, Saudi Gazette dan dilansir AFP, Isnin (18/3/2013).

Menurut surat khabar tersebut, hukuman mati dijatuhkan dalam perbicaraan yang diadakan otoriti Saudi pada Isnin (18/3) waktu setempat. Tidak disebutkan lebih lanjut identiti pembantu rumah ini. Juga tidak disebutkan motif pembunuhan keji itu.

Namun Saudi Gazette yang berbahasa Inggeris ini menyebut mangsa bernama Tala Al-Shehri dan pembunuhan ini terjadi di kota Yanbu pada September 2012 lalu.

Masih menurut Saudi Gazette, sebelum dihukummati, wanita Indonesia itu juga telah menjalani 8 bulan penjara dan hukuman rotan sebanyak 200 kali atas percubaan bunuh diri yang dilakukannya beberapa saat usai melakukan pembunuhan tersebut.

Orang tua korban atau majikannya menolak untuk mengampuninya dan mengganti hukumannya dengan membayar wang diyat, semacam restitusi untuk mengganti nyawa korban.

Selama ini, tidak sedikit pembantu rumah Indonesia yang bekerja di Arab Saudi terjerat kes hukum dan divonis mati. Pada Jun  2011 lalu, seorang TKI bernama Ruyati binti Sapubi (54) dihukum pancung setelah dinyatakan bersalah membunuh majikannya.

Akibat eksekusi mati ini, pemerintah Indonesia memanggil Duta Besar Indonesia di Arab Saudi untuk berkonsultasi. Hingga akhirnya, pemerintah Indonesia mengumumkan moratorium pengiriman TKI ke Saudi, yang selama ini menjadi tujuan kerja ratusan ribu TKI.detikNews
Read More..

Senin, 10 Februari 2014

Abby Abadi ‘Menggelupur’ Malu Ditegur Ustaz Azhar Idrus




Penulis mendapat maklumat bahawa pada hujung minggu lalu telah berlangsungnya sebuah program agama yang melibatkan Ustaz Azhar Idrus (UAI) sebagai penel utama.
Turut hadir dalam majlis itu adalah Abby Abadi, Faizal Tahir dan Man Raja Lawak.
Pasti ramai yang mengetahui setiap ceramah UAI pasti menarik ribuan penonton apabila UAI seringkali menyelitkan unsur jenaka sewaktu dakwah.
Tapi kali ini lain pula jadinya apabila Abby Abadi seolah-olah menggelupur malu apabila UAI menjawab persoalan yang diberikan oleh Abby sendiri.
Abby bertanya kepada UAI berkenaan isu artis yang berhijrah dan mula memperkatakan isu agama.
UAI menegaskan penghijrahan kepada sesuatu yang lebih baik menjadi kemestian untuk umat Islam lain suka dengan perubahan yang mereka lakukan.
Selain itu, antara jawapan UAI adalah;
“Kadang-kadang kita ni artis, dulu kita lagha, sekarang kita ok dah, mulakan perjalanan.
Nombor satu, kita kena jaga. Jangan kita hentam kawan-kawan yang sama-sama dengan kita sekarang yang masih belum berhijrah.
Ahhh.. itu yang kita kena jaga,” kata UAI.
Secara tiba-tiba Abby bersuara menyekat mesej yang cuba disampaikan oleh UAI.
Abby berkata, “Ustaz nak tuduh saya yek.. Itu fitnah. Itu tuduhan ustaz. Itu tuduhan.”
Ehhh.. kenapa Abby ‘menggelupur’ ni? Sedangkan UAI menyatakan secara umum dan tidak menyebut mana-mana individu.
Itulah kata orang-orang tua, ‘siapa makan cili, dialah yang terasa pedasnya’.
Menjadi persoalan juga apabila mengapa perlu Abby terasa dengan kata-kata UAI itu.
Patutnya Abby malu dan menimbangkan untuk terjun lombong sekejap pasal nasihat UAI tu kena tepat kat batang hidung dia sampai dia menjerit-jerit nak cover line kat atas pentas ceramah.
Dan adakah dia seorang sahaja artis yang berhijrah dalam masa yang sama menghentam rakan-rakan industri?
Jika anda yang biasa mendengar ceramah UAI, pasti tahu cara UAI.
UAI lebih ‘direct’ dalam menyampaikan sesuatu mesej.
Sebagai contoh sewaktu program bersama Zizan Raja Lawak suatu ketika dahulu.
Zizan tidak melenting dan ‘cool’ serta menerima secara positif nasihat UAI.
Penulis tidak lah bijak mana untuk memberi nasihat kepada pembaca.
Tetapi dari sudut sebagai seorang pengantara atau pengacara, Abby seharusnya tidak  seharusnya cepat ‘melatah’ dengan mesej yang disampaikan oleh panel.
Seolah-olah seperti Abby tidak tahu adab serta cara untuk mengawal diri sebagai sebagai seorang pengacara yang baik.
Apa salahnya jika Abby mendengar dahulu apa yang UAI cuba sampaikan dan terima dari sudut positif.
**Diharap jangan ada pula komentator yang mengaitkan isu ini dengan politik kerana jelas tiada kaitan langsung dengan politik.
Sumber : MyNewsHub

Read More..

Minggu, 09 Februari 2014

Kjaan pertahan cuti peribadi Najib di Milan

Malaysiakini
 Jun 29 2012
Selepas didesak oleh anggota parlimen pembangkang, Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengakui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bercuti peribadi di Milan menggunakan pesawat rasmi.

Bagaimanapun, menurut jabatan itu, hanya jumlah minimum pegawai-pegawai mengiringinya dalam percutian itu bagi memastikan keselamatannya terjaga.

Keseluruhan lawatan peribadinya daripada 18 hingga 25 Mei - dua hari di Washington dan lima hari ke Milan dengan transit di Dubai - menelan belanja RM273,799.57 menggunakan wang pembayar cukai, jelas Timbalan Menteri di JPM Liew Vui Keong kepada parlimen malam tadi.

NONERombongan itu disertai polis pengiring, pegawai peribadi, doktor dan pegawai keselamatan. Kesemua perbelanjaan ditanggung kerajaan ekoran itu tugas rasmi mereka, kata Liew (kiri).

"Walaupun YAB perdana menteri sedang bercuti, ia tidak memutuskan tugas dan tanggungjawab jawatan beliau sebagai perdana Menteri Malaysia.

"Sehubungan dengan itu, adalah tidak wajar sekiranya ada pihak yang berpandangan isu keselamatan YAB perdana menteri harus diketepikan semata-mata kerana beliau sedang bercuti.

"Atas dasar keselamatan dan kepentingan negara, maka persoalan kelulusan kerajaan bagi YAB perdana menteri menggunakan pesawat eksekutif kerajaan semasa mengadakan lawatan peribadi yang dibangkitkan oleh ahli yang berhormat tidak seharusnya timbul," katanya.

Liew menjawab soalan tambahan Teresa Kok (DAP-Seputeh) yang tidak berpuas hati dengan jawapan sebelumnya oleh menteri di JPM Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz berhubung perbelanjaan lawatan ke luar negeri Najib.
Read More..