Sponsors

Minggu, 29 Desember 2013

Pengerak Media Sosial Pakatan Suka Memfitnah Ditegur


Di dalam kesibukan kempen pilihan raya kecil Dun Sungai Limau, penulis dikejutkan dengan kenyataan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Idris Ahmad yang menyelar penggerak media sosial di kalangan pakatan pembangkang yang dikatakan sebagai penyebar fitnah.

Tambah menarik kenyataan tersebut dilaporkan di dalam akhbar HarakahDaily (Bil 1889, 23 – 26 Zulhijah, Edisi Isnin).

Menurut Idris “budaya fitnah dan pengkhabaran yang tidak betul, tidak boleh menjadi budaya walaupun dengan musuh. Apatah lagi sesama jemaah”.

Nampaknya Idris baru menyedari akan KEJAHATAN penggerak media pembangkang yang selama ini menjadi kebanggaan mereka.

“Mereka yang bersikap demikian, TIDAK LAYAK bersama dengan Pas, Apabila kita bertanya kenapa mereka memburukkan Pas melalui media sosial, jawapan mudahnya, pimpinan Pas tidak ambil perhatian teguran mereka,” katanya.

Malah Anwar Ibrahim sendiri di dalam salah satu forum yang diadakan di ibu negara, turut mengakui antara faktor ‘kemenangan’ mereka dalam pilihan raya umum ke-13 yang lalu adalah disebabkan kerana jentera media sosial.

“Jawapan saya mudah, apa tujuan kita masuk Pas? Kita tidak boleh kecewa teguran yang tidak diambil peduli pimpinan. Pemimpin seperti ini tidak lama di dalam Pas jika dia bersikap demikian. Orang yang seperti itu ‘nafas’ tidak panjang dalam perjuangan,” tegasnya.

Sekiranya diteliti ia secara tidak langsung membuktikan bahawa kelebihan yang diperoleh oleh pembangkang dalam pilihan raya lalu adalah disebabkan penyebaran fitnah yang disebarkan oleh mereka.

Sekiranya kenyataan ini dikeluarkan oleh pemimpin UMNO, pasti ada yang akan mengatakan ia sebagai cubaan untuk memburuk-burukkan pakatan pembangkang. Namun kenyataan tersebut dikeluarkan oleh pimpinan parti Pas yang jelas tidak selesa dengan budaya yang disebarkan oleh jentera pakatan pembangkang.

Paling menarik, Idris bukan sahaja menyelar para penggiat media sosial pakatan malah dia juga secara sinis menujukan kenyataan tersebut kepada para pimpinan pakatan agar tidak lagi mengamalkan budaya fitnah dalam berpolitik.

Ini kerana beliau berpendapat mereka yang gemar dengan amalan tersebut TIDAK LAYAK untuk duduk bersama dengan parti itu.

Ini bermaksud, Idris akhirnya mula sedar bahaya fitnah yang begitu berleluasa diamalkan di dalam pakatan pembangkang. Tambahan pula budaya tersebut dilihat sudah semakin membarah apabila ada di kalangan mereka yang sanggup berkata apa sahaja demi untuk mendapatkan kuasa politik.

Malah pendekatan tipu dan fitnah di kalangan pembangkang juga, dilihat begitu semakin menjadi-jadi khususnya ketika PRK Sungai Limau ini.

Sebagai contoh jentera Pas cuba memainkan sentimen Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak bagi meraih undi dengan menggambarkan kononnya calon parti itu, Mohd. Azam Abd. Samat merupakan anak didik bekas Menteri Besar Kedah tersebut.

Mereka mula mengedarkan pelbagai gambar antara Azizan dan Azam bagi mengukuhkan persepsi tersebut. Namun apabila diselidiki semua gambar-gambar tersebut adalah palsu dan rekaan semata-mata. Rupa-rupanya mereka menghasilkan gambar-gambar ‘akrab’ tersebut melalui perisian Adobe Photoshop dan teknik superimpose gambar.

Tidak cukup dengan itu, mereka turut menggunakan gambar Azizan dalam risalah mengenai biodata, latar belakang dan visi Mohd. Azam yang diedarkan kepada orang ramai sempena PRK ini.

Nampaknya Pas yang mendakwa sebagai pejuang Islam tidak lagi memikirkan soal halal dan haram. Patutlah ada pimpinan di kalangan mereka yang mula tidak senang dengan perkembangan tidak sihat itu.

Kesimpulannya budaya tipu, fitnah dan adu domba sudah mula membarah di dalam parti itu.

Contoh fitnah terbaru pengerak media sosial pembangkang apabila menzahirkan kononnya Perdana Menteri pernah berjanji memberikan RM1,200 bantuan BR1M selepas pilihan raya.

Sedangkan dengan begitu nyata dalam jelas dalam manifesto BN ialah BR1M akan dinaikkan sehingga RM1,200 dalam tempoh 5 tahun. Budak sekolah tadika pun faham sehingga dalam tempoh 5 tahun bermakna peningkatan dilakukan berperingkat-peringkat.

Namun, tegar dengan budaya fitnah…seperti penipuan pengundi Bangladesh dan blackout yang semua tahu kini tidak berlaku, perkara berkaitan BR1M terus diputar belit.

Tolonglah ok… hentikanlah menggunakan akaun-akaun palsu di Facebook untuk menyebarkan fitnah… tak lama…lepas tu ramai yang sedar apa yang berlaku.



Tidak ada komentar:

Posting Komentar