Sponsors
Kamis, 19 Desember 2013
Ketua AMK Kedah ditukar ke Gua Musang
Harakahdaily
M Faqih, | 16 Okt 2012 |
KOTA BHARU: Biar pun terpaksa berpisah jauh dengan isteri dan lima anak, namun Cikgu Man redha demi sebuah perjuangan bagi menegakkan kebenaran.
Azman Nasharuddin sebelum ini mengajar di Kepala Batas, Pulau Pinang sekarang ditukar ke Sekolah Kebangsaan (SK) Aring di pedalaman Gua Musang.
Beliau tahu segala risiko yang dihadapinya biar pun sebelum ini ada rakan-rakan pernah mengingatkannya “jangan aktif sangat di pentas Pakatan Rakyat”.
Sebaliknya demi sebuah perjuangan Cikgu Man yang juga Ketua AMK Kedah redha dengan apa yang berlaku ke atas dirinya, biar pun dijadikan seperti bola oleh pemerintah yang didominasi Umno.
“Saya bekerja dengan kerajaan sebagai kakitangan awam dan bukan bekerja dengan Umno. Gaji saya dibayar daripada wang rakyat.
“Namun Umno sekarang takut kepada guru-guru dan pegawai kerajaan,” katanya ketika muncul di pentas ceramah di Kampung Paya Senang, Dun Bunut Payong malam tadi.
Menurutnya semalam beliau melaporkan diri kepada Guru Besar di SK Aring dan pada masa sama turut mengunjungi hormat Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Katanya, tidak menjadi kesalahan baginya menemui Menteri Besar Kelantan sebagai seorang ketua kerajaan di negeri ini.
Kata beliau seorang rakannya yang juga mengajar di Kepala Batas mengalami nasib serupa apabila ditukar mengajar di Pulau Ketam kerana aktif dalam PAS.
“Umno melakukan apa sahaja sekarang demi mempertahankan sebuah kuasa sehingga sanggup menganiaya orang yang tidak sebulu dengan politik mereka.
“Saya pun pernah memegang jawatan ketua cawangan Umno di Kedah sebelum ini. Namun pada 1999 tidak lagi bersama perjuangan parti itu selepas melihat nasib orang Melayu terpinggir di bawah Umno.
“Di Pulau Pinang siapa yang gadai tanah-tanah milik orang Melayu. Biar pun bermacam-macam depa tuduh terhadap Lim Guan Eng namun sekarang orang Melayu sudah sedar,” ujarnya.
Kata beliau bantuan kepada warga emas sebanyak RM100 setahun amat dihargai rakyat biar pun sebelum ini bermacam-macam tomahan dibuat Umno.
Hadir sama pada ceramah tersebut Timbalan Yang Dipertua PAS Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan, Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham Shaharin dan bekas Setiausaha Gerakan Kelantan, Lau Chin Chua.
Orang ramai memenuhi perkarangan tempat ceramah biar pun hujan turun renyai-renyai. Malah ada sanggup basah bagi mendengar ceramah kumpulan guru.

Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar