Sponsors
Rabu, 12 Maret 2014
Jakim disaran bimbing pulih akhlak Chetz Bernama
August 03, 2013
Timbalan Menterinya Datuk Jailani Johari berkata Jakim boleh mengambil peluang sementara proses siasatan sedang berjalan ke atas Chetz yang merupakan bekas pelajar luar negara.
"Mungkin dalam masa terdekat ini, Jakim boleh mencuba satu program bagaimana hendak membimbing dan memulihkan kembali akhlak Chetz.
"Kita tahu antara sekarang hingga satu tempoh walaupun Chetz dilepaskan, beliau mungkin dipanggil pada bila-bila masa untuk siasatan dan sebagainya, tetapi antara proses dilepaskan itu apakah yang boleh Jakim lakukan bagi membentuk balik peribadi dan akhlaknya," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada program Karisma Ramadan Tadarus al-Quran peringkat Parlimen Hulu Terengganu hari ini.
Seramai 200 wanita mengambil bahagian dalam program satu hari tersebut yang berlangsung di Masjid Sultan Mahmud, Kuala Berang di sini.
Semalam, Jakim memutuskan klip video "1 Hari Di Hari Raya" yang disebarkan di laman sosial itu adalah perbuatan menghina Islam dan akan memaklumkan kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) mengenai perkara itu.
Menurut Jailani, Jakim perlu mengadakan program bimbingan terhadap pelajar Malaysia di luar negara agar perkara sedemikian tidak berulang.
Katanya, beliau percaya pihak SKMM dapat menyelesaikan siasatan mengenai perkara itu dan akan mengemukakan kertas siasatan kepada Peguam Negara. - Bernama, 3 Ogos, 2013 Kementerian Komunikasi dan Multimedia mencadangkan agar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengambil peluang membimbing dan memulihkan akhlak Maznah Mohd Yusof, 38, atau dikenali Chetz yang kini menjadi kritikan ekoran video pemaparan dirinya bersama tiga ekor anjing di YouTube baru-baru ini.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar