Sponsors
Tampilkan postingan dengan label hak. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label hak. Tampilkan semua postingan
Kamis, 06 Maret 2014
Walaupun dinafikan hak Kelantan tetap maju
Muhyiddin tak perlu tipu rakyat Kelantan
| Harakahdaily, | 15 Sep 2012 |

KUALA LUMPUR: Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kononnya Kelantan sudah maju jika di bawah BN, dilihat cuba menipu rakyat negeri itu.
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, Muhyiddin tidak perlu mengungkap penipuan seperti itu kepada rakyat Kelantan semata-mata mahu mendapat sokongan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.
Menurutnya, rakyat Kelantan tidak mudah ditipu dengan cakap-cakap politik seperti itu kerana sudah tahu realiti sebenar yang berlaku.
"Sebelum dia sebut nak majukan Kelantan dia kena buktikan dulu BN sudah majukan negeri lain.
"Rakyat Kelantan nak tanya dia, apa sudah jadi di Sabah dan Sarawak. Negeri paling banyak tinjauan tapi rakyat paling miskin," katanya kepada Harakahdaily.
Beliau ditemui pada Majlis Jamuan Santai Tertutup sempena Aidilfitri anjuran Dewan Pemuda PAS Malaysia di Dewan Datuk Fadzil Noor di KUIZM malam tadi.
Muhyiddin ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kota Bharu semalam mendakwa, Kelantan sepatutnya sudah menjadi sebuah negeri maju jika ia bersama Barisan Nasional (BN) sejak lebih 22 tahun lalu.
Beliau juga menyatakan bahawa BN mahu memberi ruang yang cukup untuk Kelantan berjaya, jika diperintah BN kelak.
Mengulas lanjut, Nik Mohamad Abduh yang juga anak kepada Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz berkata, jika BN ikhlas mahu memajukan Kelantan, mereka tidak perlu tunggu memerintah negeri itu kerana kerajaan pusat mempunyai ruang yang besar untuk membantu pembangunan Kelantan jika mahu.
Malangnya, dalam banyak isu, Kelantan sering dinafikan hak mendapat bantuan pusat hanya kerana kerajaan negeri dari parti politik yang berbeza.
Beliau memberi contoh pemberian bayaran royalti terhadap Kelantan yang sehingga kini dinafikan pusat.
Contoh lain termasuk juga isu pembinaan lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai yang ditarik balik walaupun sudah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-9 sehingga kerajaan negeri terpaksa mengusahakan untuk membinanya sendiri.
"Kalau dia kata BN mahu kayakan pemimpin Umno dan kroni, itu kita percaya.
"Tapi kalau nak jadikan rakyat Kelantan harmoni dengan kekayaan yang nak dibawa, itu tak perlu sebut di Kelantan," katanya.
Jumat, 14 Februari 2014
Suhakam PCA jejas rekod hak asasi manusia Malaysia
OLEH MOHD FARHAN DARWIS
October 07, 2013
October 07, 2013
Pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam dalam satu kenyataan berkata, rekod Malaysia akan disemak untuk kali kedua oleh Rekod Penilaian Penggalan Sejagat (UPR) oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Besatu (PBB) di Geneva pada 24 Oktober depan.
"Pindaan ke atas PCA yang memperkenalkan peruntukan-peruntukan bersifat mundur dan tidak selaras dengan prinsip hak asasi manusia akan membawa penelitian dan kritikan masyarakat antarabangsa terhadap negara yang secara tidak langsung akan menjejaskan rekod hak asasi manusia Malaysia di forum antarabangsa," katanya.
Beliau menegaskan, Suhakam menyeru agar pihak berkepentingan dan masyarakat sivil untuk memainkan peranan mereka bagi merealisasikan tinjauan penilaian bagi meningkatkan situasi hak asasi manusia di Malaysia.
Malaysia telah menerima 62 daripada 103 syor dalam Kumpulan Kerja pada penilaian pertama. - 7 Oktober, 2013.
Sabtu, 16 November 2013
HAK MERK Prosedur Mendaftarkan Trade Mark

Langganan:
Postingan (Atom)