Sponsors
Tampilkan postingan dengan label gambar. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label gambar. Tampilkan semua postingan
Selasa, 04 Maret 2014
Mari Melawat Studio Animonsta BoboiBoy 23 Gambar
Tahu lalu kami ada melawat studio Les Copaque. Hari ini mari lawat studio animasi ANIMONSTA yang sedang hot kerana animasi BoboiBoy buatan mereka. Tahukah anda walaupun studio ini baru berusia setahun jagung, ia sudah memenangi bebrapa anugerah berprestij industri. Studio Animonsta terletak di SME Technoproneure Centre 3 Cyberjaya. Pejabatnya kecil kerana hanya mempunyai 40 orang kakitangan. Apa yang kami rasa mengejutkan jumlah animator yang digunakan oleh mereka tak sampai 5 orang. Kesemua krew produksi diletakkan didalam bilik yang sama bagi memudahkan interkasi dan kolaborasi antara department. Boss pun duduk dalam bilik yang sama dan bukannya dalam bilik khas. Marhaen! Antara maklumat lain yang kami berhaya korek dari Animonsta ialah kos pengtinjauanan satu musim BoboiBoy akan mencecah sehingga RM2 juta. Nampak macam angka yang besar tapi kami diberitahu ini sudah dikira murah jika dibandingkan dengan kos animasi dari luar negara. Musim kedua sedang ditayangkan sekarang. Jadi kalau nak tahu apa jadi pada Boboiboy sialah nonton ya!
Oh dan silalah support barangan buatan tempatan. Belilah DVD serta merchandise orginial. Kalau Malaysian tak nak support Malaysian camne nak maju. BoboiBoy is awesome! Thanks Animonsta kerana membenarkan SiakapKeli melakukan lawatan ke studio anda. Semoga perancangan Boboiboy MOVIE akan menjadi kenyataan. Yes! Akan ada BoboiBoy movie yo! Pasti awesome!






Jumat, 28 Februari 2014
GAMBAR Pengerusi NGO Pantau Jenayah Malaysia ‘MyWatch’ Parah Ditembak!
Seremban – Pengerusi Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), R Sri Sanjeevan, 29, parah manakala rakannya terselamat selepas ditembak dua lelaki bermotosikal di simpang Taman Awana Indah, Bahau, dekat sini, petang semalam.
Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, mangsa bersama rakannya, B Ramesh, 35, menaiki kereta BMW warna perak.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias berkata, siasatan awal pihaknya mendapati, sebaik menghampiri tempat kejadian mangsa yang baru saja mengambil rakannya itu dari taman berkenaan untuk keluar minum di pekan Bahau, dikatakan membuka cermin tingkap sambil menghisap rokok.
“Tiba-tiba muncul sebuah motosikal Yamaha LC dari arah belakang di sebelah pemandu dinaiki dua lelaki dipercayai berbangsa India.
“Pembonceng motosikal berkenaan kemudiannya melepaskan sedas tembakan dari jarak dekat dan mengenai rusuk kanan mangsa sebelum suspek turun dan cuba menghampiri kereta terbabit.
“Bagaimanapun, mangsa yang dalam kesakitan berjaya memecut keretanya manakala kedua-dua suspek dikatakan berpatah balik ke arah Rompin untuk melarikan diri,” katanya.
Hamzah berkata, kira-kira 300 meter dari tempat kejadian, rakan mangsa berjaya memberhentikan kereta itu dan mengalih mangsa ke tempat duduk belakang sebelum memecut ke hospital.
“Setakat ini, tiada saksi mengecam suspek malah mangsa juga tidak mengesyaki sesiapa. Mangsa kini dirawat di Hospital Kuala Pilah dan keadaannya dilaporkan stabil,” katanya.
Menurut Hamzah, polis melakukan siasatan terperinci dari segenap aspek bagi mengetahui motif serangan serta mengesah suspek terbabit.
Katanya, pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) melakukan siasatan dengan diselia pasukan khas dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri.
“Saya tidak dapat memberikan komen lanjut kerana siasatan masih dijalankan dan setakat ini belum ada sebarang petunjuk mengaitkan mana-mana pihak dalam kejadian ini.
“Kita membuka siasatan kes ini mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, kerana cubaan membunuh,” katanya.
Sementara itu, media pada Februari lalu melaporkan Sri Sanjeevan membuat kejutan apabila mengeluarkan kenyataan menerusi sebuah laman web mendakwa kononnya dia diancam akan ditembak polis kerana cuba membongkar aktiviti perjudian di Jelebu.
Serentak itu, polis kontinjen negeri menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat dakwaan itu. - HARIAN METRO
Kamis, 30 Januari 2014
Mengapa Orang CHINA Sangat Sukakan IKEA gambar
Ramai orang China tidak pernah membeli apa-apa di IKEA. Tetapi kebanyakan mereka datang ke gedung tersebut setiap pagi dan tinggal di sana sehinggalah ia ditutup pada waktu malam. Mereka menikmati penghawa dingin pada hari musim panas dan menggunakan perobot yang dipamerkan untuk tidur dengan selesa. Pihak keselamatan tidak mengganggu mereka kerana syarikat itu melihat orang-orang ini sebagai pelaburan masa depan. Mungkin suatu hari nanti mereka akan kembali lagi dan membeli sesuatu.












sumber: http://acidcow.com
Langganan:
Postingan (Atom)