Sponsors
Tampilkan postingan dengan label dada. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label dada. Tampilkan semua postingan
Sabtu, 15 Februari 2014
Tampal Kulit Dada Di Muka Di China

Beijing – Sekumpulan pakar perubatan China berjaya menjalankan pembedahan memasang wajah baru untuk seorang gadis yang cacat akibat melecur, lapor media semalam.
Lebih menarik wajah gantian itu adalah tinjauan kulit yang tumbuh secara klinikal pada dada gadis terbabit.
Pembedahan itu dijalankan di bandar Fuzhou, Fujian, tenggara China.
Selepas pembedahan itu berjaya, Xu Jianmei, 17, sedar dengan dagu, kelopak mata dan telinga yang baru.
Xu ditimpa kemalangan ketika dia berusia lima tahun.
Kebakaran itu menyebabkan dia mengalami kecederaan parah pada wajahnya.
Disebabkan kemiskinan ibu bapa Xu tidak dapat menghantarnya mendapatkan rawatan yang sewajarnya, memaksa dia hidup dengan wajah tidak sempurna.
Namun Xu diberi harapan baru selepas ditemui sekumpulan pakar perubatan yang menawarkan pembedahan percuma kepadanya.
Kini, selepas 12 tahun Xu dapat mengukir senyuman dengan sempurna.
Pembedahan dijayakan selepas pakar perubatan membina kulit dan struktur baru menggunakan tisu dadanya.
Pasukan perubatan terbabit mengimplan saluran darah dari kaki Xu ke dadanya dan menggunakan belon berisi air bagi meregangkan kulit di bahagian itu.
Ia dilakukan dengan teliti bagi mendapatkan kulit secukupnya untuk dijadikan wajah baru Xu.
Klip video daripada prosedur pembedahan selama lapan jam menunjukkan Xu terbaring di katil dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Wajahnya kelihatan membengkak tetapi lapisan kulit baru yang licin kini menutupi wajahnya yang penuh dengan kesan melecur.
Ketua pasukan pembedahan itu, Jiang Chenhong berkata, dengan wajah baru itu Xu boleh menzahirkan ekspresi wajahnya dengan lebih tepat.
sumber:
Rabu, 05 Februari 2014
Pasca Pembedahan Doktor Pakai Semen untuk Menambal Dada Pesakit

Tiga ahli bedah menghabiskan enam jam untuk mengeluarkan tumor dan mengangkat tulang rusuk dari dada pasien. Uniknya, doktor menambal dan membangun kembali tulang rusuk pasien dengan menggunakan semen beton.
Marek Barden (40 tahun) menderita tumor langka berukuran sebesar melon dengan berat mencapai 1.5 kg yang tumbuh di dadanya. Untuk mengeluarkannya, doktor harus mengangkat enam tulang rusuk, lapisan dari paru-paru kiri dan bahagian dari diafragmanya.
Yang anehnya, doktor kemudian mengganti tulang rusuk Barden dengan panel akrilik semen berukuran 25 cm persegi dan menggunakan otot dari bahunya untuk memperbaiki diafragma.
Barden sebenarnya sudah melihat benjolan di dadanya sekitar setahun yang lalu, namun ia mengabaikannya dan menganggap benjolan itu hanyalah akibat dari kecelakaan basikal yang dialaminya.
Tapi tinjauan scan tahun lalu mengunggapkan bahawa Barden menderita tumor ganas (kanser) chondrasarcoma yang langka dan doktor hanya memberinya waktu enam bulan untuk hidup tanpa pengubatan.
Doktor pakar bedah plastik Dr Paul Wilson, yang membantu melakukan operasi lima minggu kemudian, mengatakan tumor Barden adalah salah satu tumor terbesar yang pernah dilihatnya.
Barden harus menghabiskan waktu enam hari di rumah perawatan intensif sebelum bisa keluar dari rumah sakit. Hebatnya, ia tidak lagi memerlukan perawatan lebih lanjut.
"Saya menganggap diri saya adalah bionik karena panel beton ini. Saya berangkat ke rumah sakit siap mati, tapi saya adalah seorang pejuang dan keras kepala," jelas Marek Barden, yang bekerja di sebuah Gereja di Knowle, Bristol, seperti dilansir mirror.co.uk, Selasa (22/5/2012).
Barden boleh merasakan panel semen tersebut dengan sedikit benjolan, namun ia tidak bisa merasakan sensasi pada bagian tubuh tersebut sama sekali.
"Tapi saya sudah terbiasa dengan ini sekarang. Saya sangat beruntung," tutupnya.
sumber
Langganan:
Postingan (Atom)